AhLaN WaSahLaN WaMaRhaBaN B!KUM

ALLAH BAARIKLI WA BAARIKLAKUM

Selasa, 23 November 2010

PINANGAN DARI LANGIT

Salam alaik,,,

InsyaAllah, ana ingin berkongsi sedikit catatan buat sahabat sahabiah sekalian, smoga ia membawa manfaat untk semua. InsyaAllah.

Ana ingin mengajak antum menyoroti kisah pinangan dari langit ummul mukminin, ZAINAB BINTI JAHSY..(nama asal Barra’, stlh kawin, Rasulullah ganti ngn nama Zainab)
Beliau merupakan anak kepada ibu saudara Rasulullah saw, Ummayah binti Muthalib dan merupakan antara wanita2 yg awal peluk Islam, ikut berhijrah n berjihad bersama2 Rasulullah n para sahabat.
Beliau membesar di tengah2 bani Asad dengan kemuliaan, kecantikan n kedudukan yg terpandang disebabkan asal keturunannya.
Juga terkenal sebagai muslimah yg memiliki jiwa yg bersih n antara yg terkehadapn di dlm ketakwaan, suka buat baik, suka bersedekah.
Sebelum berkahwin dgn Rasulullah, baginda Nabi telah melamar Zainab untuk Zaid bin Haritsah (anak angkat baginda), namun zainab x berkenan kerana merasakan zaid x sepadan dgnnya dr segi keturunan n kemuliaan. (Zaid asalnya hamba yg dihadiahkan oleh Khadijah Khuwailid kpd Rasulullah).
Saidatina Zainab x mahu dijodohkan dgn Zaid. Katanya kepada Rasulllah “ Wahai rasulullah, aku x berkenan jika dia menjadi suamiku, aku adalah wanita terpandang pada kaumku dan puteri bapa saudaramu, maka aku tidak mahu melaksanakannya”.
Rasulullah SAW bersabda,” Tetapi aku meredhainya bagimu”, namun S.zainab tetap tidak mahu sehinggalah turunnya perintah dari Allah: “ dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin, dan wanita yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan( yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah n RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat, dengan sesat yg nyata”. ( Al-Ahzab: 36)
Keteguhan iman kpd perintah Allah tlh meleburkan prbzaan darjat antr manusia. Zainab tunduk akur pd perintah Tuhannya. Dgn ketakwaan yg mendalam, Zainab diijabkabul dgn Zaid b. Haritsah.
Namun kehidupan mereka penuh dugaan n cabaran. Zaid sering mengunjungi Rasulullah untk melahirkan masalah yg dirasainya. Pernad dimintanya untuk bercerai dgn zainab, namun Rasulullah meminta untuk mempertahankan isterinya.
Sebenarnya Rasulullah tahu bhw akhirnya mereka akn brcerai n Allah akan memerintahkan Baginda untuk mengahwini bekas isteri Zaid bg tujuan untk mengubah kebiasaan arab jahiliah yg mengharamkan bapa angkat kahwin dgn bekas isteri anak angkat krn anggap a.angkt spt anak kandung sndiri.
Kemudian turunlah wahyu Allah yg bermaksud:
”Dan (ingatlah) ketika kamu berkata kepada org yg Allah telah limpahkan nikmat kepadanya n kamu juga telah memberi nikmat kepadanya: “Tahanlah terus isterimu n bertakwalah kepada Allah”, sedang kamu menyembunyikan dalam did lm hatimu apa yg Allah akan menyatakannya dan kamu takut kepada manusia, sedang Allahlah yg lebih kamu takuti. Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap isterinya (menceraikannya), Kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin utk mengahwini (isteri2 anak2 angkat itu) apabila anak2 angkat itu telah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya. Dan adalah ketetapan Allah itu pasti terjadi”. (Al-Ahzab: 37 )
Ada riwayat sebut ketika ayat ini turun, Rasulullah saw sdg berbincang dgn S.Aisyah. kemudian tiba2 Baginda pengsan. Setelah bangun baginda tersenyum n bersabda: ” siapakah yg mahu memberi khabar berita gembira kepada Zainab?”
Kemudian Rasulullah saw membacakan ayat tersebut lalu berangkatlah pembawa berita gembira kepada ZAINAB BINTI JAHSY, satu2nya wanita yg dinikahkan Allah dengan nabiNya melalui ayatNya tanpa wali n tanpa saksi. Berita ini sangat menggembirakan Zainab dan terus bersujud apabila disampaikan kepadanya.
Peristiwa ini menjadi kebanggaan kpd Zainab Al-Jahsy sehingga beliau selalu menyebutkan di hadapan isteri2 Rasulullah:
“ Kalian dinikahkan oleh keluarga kalian akan tetapi aku dinikahkan oleh Allah dari atas ‘Arasy-Nya”. Dlm riwayat lain kata Zainab:
“ Allah menikahkan ku dari langit yg ketujuh”.
Kemuliaan Zainab ini turut disahkan oleh Ummul Mukminin S.Aisyah, katanya: “ Semoga Allah merahmati Zainab binti Jahsy. Dia telah mendapat kemuliaan di dunia ini, yang tidak disaingi oleh kemuliaan org lain. Sesungguhnya Allah menikahkannya dengan nabiNya di dunia dn menurunkannya di dalam Al-Quran”.
Begitulah kisah Zainab AL Jahsy yg mendapat setinggi2 kemuliaan dr Allah. Beliau merupakan satu2nya wanita yg dinikahkan Allah SWT dr atas langit ke tujuh dengan malaikat Jibril menjadi dutanya.
Ikut perancangan Allah.
Setiap pg apabila kita bgn dr tidur, kita mempunyai perancangan hidup kita sendiri. Namun, tanpa kita sedari, apabila kita merancang, Allah sudah ada perancanganNya yg sempurna. Itulah kehendak Allah. Kehendak kita harus tunduk dan selari dengan kehendak Allah.
Apabila kita tidak tunduk dan patuh pada kdp perintah Allah dan mengikuti kemahuan sendiri, maka akan berlaku ‘misallignment’ antara kehendak Allah dgn kehendak kita. Ia akan menyebabkan kita sakit.
Sesuatu yg berlaku didlm kehidupan kita, ada yg berkehendakkannya. Pertolongan Allah sangat dekat disediakan bg mereka yg pasrah kepada kehendakNya. Malah dengan hidup berserah kepada ketetapan Allah,ia boleh menjadi penyembuh kepada penyakit yg dialami.
Namun, seandainya kita berterusan menyesali ketetapan Allah, maka jiwa n tubuh kita semakin hari semakin sakit. Justeru, redhalah, terimalah ketetapan yg telah Allah aturkan buat kita.
Yakin n percayalah bahawa setiap yg berlaku itu ad hikmah n ganjaran yg terbaik disisiNya.
Semoga ap yg dikongsikan ini, dpt diambil ikhtibar n pengajaran buat semua yg memahami n berkehendak kepada kebaikan buat tatapan diri, seterusnya disampaikan pd yg lain InsyaAllah.
Wallahua’lam…
• Dipetik dr Artikel asal ‘pinangan dr langit’ tulisan Nor Aliza Abdul Latif ( Konsultan Fauzul Azim Sdn Bhd).
• Penambahan n pengurangan telah dibuat sesuai dengan waqi’ semasa penulis n pembaca… :-) :-) :-)
• Rujukan or pembacaan selebihnya boleh dibuat melalui majalah Nur, nov2010.

2 ulasan:

dikna berkata...

Allahuakbar.... betul.... redhalah dgn ktetapan y Allah TELAH aturkan bt kita. nescaya tiada keluh-kesah btandang dhati~ yakin dan pcaya SETIAP y TELAH berlaku itu, pasti dan mesti ad hikmahNYA~

tp kan... cne ye if seseorang y dy menerima ketentuan Allah, tp dlm ms y sama, jiwaY msih sakit dan tidak bdaya. adkh dy tidak redha? atau mgkin kekecewaan masih tebal membaluti hatiY? dan mgkin memerlukan ms y pnjg dan lama utk dibaikpulihkan? begitu ke?

sobrunjamiil berkata...

Salam, bg pndgn penulis, menerima ketentuanNya itu telah menunjukkan kita berusaha untuk redha kpd ktntuanNya, MasyaAllah,,,dia rela dirinya sakit dgn tujuan untk mendapat redhaNya, itulah buktinya,, dia redha w/pun jiwanya sakit,,, dia meletakkan redha Allah dhulu berbanding redha manusia...
InsyaAllah, kesakitan yg dialami itu,, sebenarnya ubat @ ganjaran yg terbaik disisiNya. Wallaahua'lam