AhLaN WaSahLaN WaMaRhaBaN B!KUM

ALLAH BAARIKLI WA BAARIKLAKUM

Sabtu, 5 Februari 2011

SATU HARI YG PENUH DGN PENGISIAN (PART 2)


Salam’ alaik,,,
Smoga kita sentiasa dalam Rahmat n Naungan Ilahi…
Ana ingin berkongsi sedikit ilmu yg ana dapt pd ‘1 hari yg pnuh dgn pengisian’…

“KITA MESTI YAKIN BERAMAL UNTUK ISLAM ITU WAJIB”
1) wajib dr sudut PRINSIP.

Sedikit kupasan yg ingin ana kongsikan disini ialah berkaitan dengan ‘AL-ASR’ (MASA).

*demi masa
*perahan ( yg mana apabila kita memerah sesuatu spt buah oren, kita akan mendapat JUSNYA yg enak,,,) manakala apabila kita memerah MASA, kita akan mendapat MANFAAT dr masa itu sendiri.
*ia juga berkaitan dengan masa & zaman.
*ia juga membahagikan suatu perbuatan yg telah berlaku, sedang berlaku n akan berlaku.
*juga dikaitkan dengan pemerintahan, kekuasaan (zaman Nabi, zaman sahabat, Khulafa’, Uthmaniyyah, Abasiyyah,, dll.)
*zaman Nabi SAW adalah zaman yg paling Mulia kerana lahirnya orang yg paling mulia iaitu NABI MUHAMMAD SAW.
*juga pendapat lain iaitu ulama’ mengaitkan masa dengan waktu ASAR kerana diumpamakan UMUR DUNIA ini ibarat antara waktu ASAR dgn MAGHRIB shj.

Itulah sedikit kupasan mengenai masa yg dapat dikongsikan bersama.



Hadith lain yg berkaitan dengannya ialah:

اذا رأيت أمتى تهاب ان تقول للظالم يا ظالم فقد تودع منها؟
“ Apabila engkau melihat umatku takut untuk berkata kepada orang yang berbuat zalim;” wahai penzalim, maka sesungguhnya ia telah mengucap selamat tinggal baginya”.

Hadith diatas meletakkan bahawa kezaliman bukan sahaja berlaku dengan memukul orang, mencaci, menghina serta menzalimi yang lain, namun KEZALIMAN juga berlaku bilamana SESUATU TIDAK DILETAK PADA TEMPATNYA,,,

Sebagai contoh,, bila HUKUM ALLAH tidak dilaksanakan, bila SYARIAT ditentang,, maka disitulah kezaliman telah berlaku,, keadilan tidak dijalankan serta dilaksankan,,,
Zalim pada yang tidak bersalah, zalim pada yg menegakkan kebenaran, zalim pada yg hak…

Itulah zalim yang sebenar-benarnya.. yang benar disorokkan, yang salah jua dilindungkan,,, NAMUN ditegakkan jua yg salah itu…

Memang benar,, pada mata kasar manusia, semua itu (kebenaran) tidak Nampak,,, namun pada ‘mata’ Allah,,, DIMANA HENDAK KITA SOROKKAN??????

Sesiapa yang tidak menjalankan amanah (tidak berkata benar) Nabi ucap “ selamat tinggal” kepada mereka-mereka ini…

2) wajib dari sudut HUKUM

*Firman allah dalam surah al-Maidah ayat 44, 45 n 47 mafhumnya
“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang KAFIR” (al-Maidah:44)

“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang ZALIM” (al-Maidah:45)

“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang FASIQ” (al-Maidah:47)

*Allah menyifatkan orang yang tidak beramal dengan apa yang telah diturunkanNya itu sebagai orang yang KAFIR, ZALIM N FASIQ.
*mereka dihukum kafir sekiranya mereka menghina al-Quran serta hukum2 Islam yg lain.
*mereka orang Islam, percaya dengan hukum2 Islam, namun tidak beramal dengannya- zalim.

*namun, kita jangan mudah2 mengatakan orang itu ‘kafir’ kerana kemungkinan mereka itu tidak tahu mengenai hukum2 Islam, MAKA TUGAS KITALAH untuk menerangkan serta menyampaikannya.

*beramal dengan Islam itu boleh dibahagikan kepada 2
1) Hablun Minallah
2) Hablun Minannas

*Mala yatimmul-wajibu Illa Bihi Fahuwa Wajibun: “ sesungguhnya perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib”.
*kewajipan mengembalikan kehidupan Islam adalah menjadi FARDHU ‘AIN ke atas setiap muslim sehingga kepimpinan dan kekuasaan kembali ke pangkuan Islam.

*ada Ulama’ kata amalan paling afdhal/mulia disisi Allah ialah:
berjuang di jalan Allah
Ada yang kata :
Solat di awal waktu
Ada yang kata:
Berbakti pada kedua ibu bapa,,

• jawapan yang nabi beri itu semua adalah bergantung kepada situasi yang sedang dihadapi oleh sahabat2 pada masa itu,
• sebagai contoh, ada sahabat yang ingin turut serta berperang, namun ia mempunyai seorang ibu tua yang uzur, maka Rasulullah menyatakan padanya, adalah lebih afdhal dia menjaga serta berbakti pada ibunya terlebih dahulu berbanding keluar berperang.

• Ada juga sahabat bertanya apa yang paling afdhal dilakukan, maka jawab baginda “ solat dia awal waktu”. Jawapan nabi itu tepat dengan situasi yang dihadapi oleh sahabat tersebut yang mana sahabat itu sering solat lewat n tidak pada waktunya

• Itulah, maha suci Allah meletakkan sesuatu itu dengan hikmah dan mempunyai hikmah yang tersendiri serta rahsia2 yang hanya diketahuiNya..


Itulah sedikit perkongsian yang mampu ana sampaikan disini,, moga setiap apa yang ditulis mendapat manfaat pada semua,, lebih2 lagi bagi yang menulis ini sendiri.. INSYAALLAH…AMEEN

• P/S:kalau ada kesilapan pada maklumat yang disampaikan, dialu2kan untuk memperbetulkannya.. moga dpt kongsi bersama.

WALLAHUA’LAM



Tiada ulasan: