AhLaN WaSahLaN WaMaRhaBaN B!KUM

ALLAH BAARIKLI WA BAARIKLAKUM

Khamis, 9 Disember 2010

HIJRAH

Salam maal Hijrah 1432H buat seluruh ummat Islam di mana jua antum berada....

bingkisan untuk semua,,

Awal Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman 3x


Hari demi hari, Bulan demi bulan, Tahun demi tahun berlalu, terus menjauh pergi meninggalkan kita,,,
kini tahun baru maal hijrah menjengah lagi,,,
semua orang sedia maklum,,bulan ini bulan hijrah, bulan pertama permulaan perkiraan tahun hijrah, bulan penghijrahan nabi dr kota Mekah ke kota Madinah,,

berbicara mengenai hijrah,, harus diingat, hijrah itu perlu, hijrah itu penting,
berhijrah kearah yg lebih baik,
berusaha merubah kehidupan menjadi hamba yg sentiasa mengabdikan diri,
hanya buat Khalik, Pencipta segala ciptaan...

harus diingat, perubahan bukan hanya boleh dilakukan pada bulan ini saja, namun perubahan, penghijrahan perlu sepanjang masa, perlu setiap detik n waktu,,

tanamlah, azamlah dalam diri untuk sentiasa berubah dan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik,lebih diredhaiNya,,

buat semua,, hayatilah, fahamilah, rasailah makna sebuah hijrah,
hijrah perlukan pengorbanan krn tanpa pengorbanan, hijrah xkan mungkin berlaku,,
tanpa pengorbanan, hijrah hanya tinggal 'hijrah' semata-mata,,


SALAM MAAL HIJRAH 1432h,
KULLU 'AAMIN WA ANTUM BIKHAIR,,

Tiada ulasan: