AhLaN WaSahLaN WaMaRhaBaN B!KUM

ALLAH BAARIKLI WA BAARIKLAKUM

Ahad, 31 Julai 2011

RAMADHAN KAREEM

SALAM 'ALAIK,,
Ramadhan kareem,,,
kullu 'aam wa antum bikhair....

awwaluhu Rahmah,,
ausotuhu maghfirah,,
aakhiruhu inqun minannar....

sama2 lh kt rebut peluang yg ada di depan mata kita,,,,
moga2 kt sume berjaya meraih n mendapatkanNyaaaaaaaaaaa...

selamat berpuasa.... :)

Selasa, 7 Jun 2011

PENANTIAN CINTA

Salam’ alaik buat shbt shbiah smua,,,
Mga2 kalian dalam naunganNya sentiasa,,
Salam walimah,, salam musim kawen,,, salam sumelah,,,
TAHNIAH buat sahbt2 yg telah slamat melangsungkan walimah msing2,,
Kawn2 time skolah rendah dulu,, kwn2 skolah mngah,,
Shbt2 dip,, dgree,,, shbt shbiah dulu kini slamanya,,,

Baarakallahulakum Wabaraka Alaikum Wajama’a Bainakum fi Khaiir,,,,,,

Sdikit ‘buahtangan’ untuk pasangan PENGANTIN BARU…

PENANTIAN CINTA

Engkau,
Masuk di dalam hidupku,
Menerimaku apa adanya,
Menyukai segala tentangku,
Menemaniku dalam sepi,
Menghiburku kala aku berduka,
Memberi semangat waktu aku menyerah,
Membantuku waktu aku perlu,
Memanduku ketika aku tersesat,
Dan menyimpan seluruh rahsiaku,
Engkau yang menduduki singgahsana hati,
Di suatu hari,
Di suatu tempat,
Kita berdua akan saling menemukan,
Menyatukan, dan saling menyempurnakan!

“ Sbuah perkahwinan i2 seperti sebuah perjalanan panjang,
Yang menggunakan sebuah sampan kecil,
Jika salah seorang penumpangnya menggoyangkan perahu,
Yang lain harus berusaha menjaga keseimbangan,
Apabila tidak menjaga keseimbangan,
Maka mereka akan tenggelam bersama-sama.”
( petikn dr buku ‘La Tahzan untuk pasangan Pengantin’ )

" tiada yang terlihat lebih indah oleh 2 org yang menjalin cinta selain dengan perkahwinan."
( HR Ibn Majah, Hakim, dr Ibn Abbas )

selamat melayari bahtera rumahtangga,,
labuhkanlah sauh di perairan yang tenang,,
agar kalian tenang mengemudinya bersama,,,

semoga sentiasa bahagia hingga akhirnya,
smoga sentiasa tenang dlm mnghdpi ap jua dugaan,
smoga sentiasa saling kammil mutakammil antra 1 sm laen,,
Ameen... Ya Rabbal 'Alamiin,,

Isnin, 30 Mei 2011

RAHMAT UJIAN

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Alhamdulillah, puji2an buatNya yg Maha Esa,,
masih memberi kita nikmat Iman n Islam,
masih memberi ruang kepada kita untuk menghirup udaranya,,
tanpa apa2 bayaran sekalipun,, gratis lagi,,
alhamdulillah,, syukur alhamdulillah,,
hanya dipanjatkan buatNya Yg Satu..

Salam' alaik...

sedikit perkongsian lirik nasyid,,
baca n hayatilah,,,
moga2 ia ad manfaat bt kita sbg hamba,,,
ya, hamba yang lemah,,,
kerna setiap pergantungan kita pasti hanya pdNya..
Allah rindukan rintih tangis dr hamba2Nya,,


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu....


bila disebut hamba,,
ia xkan lari dr diuji dan menerima ujian,,

bila diperkatakan tentang manusia,,
ia juga xlepas dari menerima dugaan,,

semua itu adalah untuk menguji,
sejauh mana keimanan hamba pada Sang Khalik,
sedekat mana kedekatan hamba pd Sang Pencipta,
sehebat mana kebergantunggan insan pd Allah,,
Tuhan semesta alam...

semua i2,, ada hikmahnya,,
terselit nikmat yang tak terhingga,,
hanya pada yang mampu merasainya,,,
beruntuglah bagi yang mampu merasai n
dikurniakan kemanisan iman,,
beruntunglah,,, dan bersabarlah,,


insan kerdil,
k.ganu,
ganu darul iman,,
mga2 pnduduknya mmpunyai keimann yg kental, teguh...
Allah peliharakanlah kami semua...
Ameen

Sabtu, 30 April 2011

PEMUDA PEMUDI HARI INI

Salam mahabbah buat semua,,,

Hidup, tatkala ini, penuh cubaan,
Hidup, tatkala ini, penuh dugaan,
Mehnah dan kerenah silih berganti,
Cabaran dan CObaan silih bertimpa,

Ada apa pada pemuda/i ini?
kenapa dengan pemuda/i ini?
Apa yang tak kena pada pemuda/i ini?
Apa nak jadi pada pemuda/i hari ini?

Persoalan demi persoalan timbul,
Lantaran terlalu banyak kerosakan yang terjadi,
peristiwa demi peristiwa berlaku,
Pada pemuda/i bakal pemimpin agama, negara, bangsa....

Ayuh penduduk bumi,,
Apa peranan kamu,,
Ke mana perginya tanggungjawabmu?
Apa tindakan kamu?

Hanya melihat sahaja?
Tanpa mampu bertindak apa2,,
Hanya memerhati lantas mencemuh?
Hanya mampu komplen n mengejek??

Apa alasanmu lagi?
"aku tak mampu",
"itu bukan kerjaku",
"serah kat orang lain je lah",

Apa lagi alasanmu??
Ayuh katakan,
Pada mereka pemuda/i tercicir dari lingkungan agama,
Pemuda/i tersasar dari landasan tuntutan syarak,,

Aku bimbang,
teramat bimbang,
lantaran bakal USTAZ N USTAZAH,
Pada hari ini,,

Aku khuatir,
Pada bakal ustaz/ah pada ketika ini,
lihatlah sahaja pada pemakaian mereka,
telitilah jua pada pergaulan/ tingkah laku mereka,

Kemana perginya cerminan 'USTAZ/AH' yg bakal mereka bawa,
Apa reaksi anak muridnya pd 'first impression' nanti??
"cikgu ngajar subjek ap??"
" saya ngajar Pendidikan Islam n Bahasa arab",,

"Pend. Islam? BA?
Kenapa x nampak cam USTAZ/AH pun???
Nah!!! apa jawabmu??
Mana nak letak muka MU???

Aku juga bimbang + khuatir,
Apa akan jadi pada nasib generasiku akn dtg,
Mereka akan belajar n diajar oleh bakal USTAZ/AH pd hari ini!!!
YA !!! mereka bakal pendidik anak2 ku nanti,,,

Ya Allah,,, MasyaAllah,,,
Apa nak jadi ni,.,
Mana perginya Wibawa seorang pelajar AGAMA...
Mana tersoroknya ILMU yang dah kau pelajari..

MaNAaaa!!!!!

Pada mereka yang memahami + menyedari akan kekhilafan diri,
masih ada waktu untuk kalian mengubah tanggapan ramai terhadapmu,
masih ada masa untuk kau perbaiki diri,
ayuh,,, sama2 lah berusaha menjadi generasi MUttaqin,,
kerna kelak kalian lah penentu pada bakal kepimpinan akan datang,
kalianlah cerminan untuk generasi akan datang,
bakal pendidik, murabbi, muaddib, mudarris, muallim,
pada generasi kini, akan dtg, pada semua,,

kerna, kalian pastinya bakal murabbi,
pada anak2 kalian jua,,,
nak anak2 generasi yang soleh/ah,,
jadilah terlebih dahulu pemuda/i soleh/ah....

p/s: maaf atas segala khilaf,, hanya sekadar luahan hati yg sedih + sayu + pilu melihat pemuda/i hari ini.... yang terlalu hampir, disekeliling diri... di mana2 sahaja...

Wallahua'lam.....






Khamis, 17 Mac 2011

PESANAN ASSYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN

Bismillahirrahmanirrahim
Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini!

Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa!

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami!

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan ?
“Ya Allah, perkuatkan saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman?”

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang tua dan pemuda-pemuda!

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu,kami mengadu kepadaMu,kami mengadu kepadaMu .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, b erbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami.




sumber: http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/




Ucapan asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin (Bekas pemimpin Hamas) selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuh beliau pada 6 September 2003.Akhirnya beliau gugur syahid pada 22 Mac 2004 selepas dibedil oleh dua buah peluru berpandu ketika beliau pulang dengan kerusi rodanya selepas menunaikan solat subuh di sebuah masjid.

Adakah cukup sekadar kita melakukan demonstrasi, memboikot, dan menderma semata-mata selepas hampir puluhan tahun lamanya kita melihat penindasan demi penindasan ke atas bumi anbia’ ini?

Sesuatu yang lebih daripada itu perlu dilakukan oleh seluruh umat islam. Satu anjakan paradigma yang jauh dari kebiasaan. Satu fenomena yang dahulunya menjadi sejarah keagungan tamadun Islam.

Apakah dia? Tepuk dada, tanya iman..saya tinggalkan persoalan ini untuk kita fikirkan bersama wahai saudaraku sekalian.
“Sejarah adalah bicara Allah buat kita, orang yang melupakan sejarah pasti akan mengulangi kesilapan lalu yang pernah dinukilkan oleh sejarah..”

Sabtu, 5 Mac 2011

Persoalan Hidup Seorang Manusia, Kenapa ?



KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

-Surah Yusuf ayat 12

Isnin, 14 Februari 2011

'LAHIRNYA SEORANG KEKASIH'



SALAM MAULIDURRASUL...
SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.
RASUL AMIIN,, NUURUL ALAM,,,
JUGA BUAT SAHABAT2 SERTA KELUARGA BAGINDA S.A.W.

12 rabiulawal menjadi saksi
Dunia dihiasi manusia Ulul Azmi
Siti Aminah hadir disisi
Membelai baginda dibuai mimpi
Tanpa Abdullah, Baginda berdikari
Menjadi tauladan peribadi insane
Yatim piatu takdir diri
Diasuh abdul Mutalib sebagai anak sendiri
Al-Amin gelaran diberi
Baginda pemuda amanah lagi rendah diri
Pintar, fikir benar dan berani
Menjadi pedoman umat zaman kini
Mahligai kasih dibina bersama
Teman sejati Siti Khadijah
Manusia istimewa
Dilimpahi rezeki dengan berniaga
Cinta berputik kekal selamanya
Gua Hira’ wadah wahyu diterima
Gigil dan takut tidak terkata
Jibrail diutuskan dengan rela
Mengajar Nabi ilmu membaca
Iqra’, Bacalah…..
Menjadi titik pertemun wadah perjuangan
Ajaran wahyu menjadi pegangan
Tidak kira bangsa, keturunan dan zaman
Semua tunduk sembah kepada ar-Rahman
Tutur bicaranya penuh sopan
Kata-kata penuh hikmah dan kebenaran
Seru manusia mengajar kebaikan
Cegah manusia dari kemungkaran
Baginda dikutuk, dicaci dan dihina
Tidak terlintas untuk putus asa
Sebaliknya berdoa supaya hati terbuka
Menerima Islam sebagai sandaran utama
Itulah Baginda Nabi kita
Peribadi agung lagi mulia
Jadikanlah Baginda sebagai idola
Terus berjuang sampai bila-bila…

Sabtu, 5 Februari 2011

SATU HARI YG PENUH DGN PENGISIAN (PART 2)


Salam’ alaik,,,
Smoga kita sentiasa dalam Rahmat n Naungan Ilahi…
Ana ingin berkongsi sedikit ilmu yg ana dapt pd ‘1 hari yg pnuh dgn pengisian’…

“KITA MESTI YAKIN BERAMAL UNTUK ISLAM ITU WAJIB”
1) wajib dr sudut PRINSIP.

Sedikit kupasan yg ingin ana kongsikan disini ialah berkaitan dengan ‘AL-ASR’ (MASA).

*demi masa
*perahan ( yg mana apabila kita memerah sesuatu spt buah oren, kita akan mendapat JUSNYA yg enak,,,) manakala apabila kita memerah MASA, kita akan mendapat MANFAAT dr masa itu sendiri.
*ia juga berkaitan dengan masa & zaman.
*ia juga membahagikan suatu perbuatan yg telah berlaku, sedang berlaku n akan berlaku.
*juga dikaitkan dengan pemerintahan, kekuasaan (zaman Nabi, zaman sahabat, Khulafa’, Uthmaniyyah, Abasiyyah,, dll.)
*zaman Nabi SAW adalah zaman yg paling Mulia kerana lahirnya orang yg paling mulia iaitu NABI MUHAMMAD SAW.
*juga pendapat lain iaitu ulama’ mengaitkan masa dengan waktu ASAR kerana diumpamakan UMUR DUNIA ini ibarat antara waktu ASAR dgn MAGHRIB shj.

Itulah sedikit kupasan mengenai masa yg dapat dikongsikan bersama.



Hadith lain yg berkaitan dengannya ialah:

اذا رأيت أمتى تهاب ان تقول للظالم يا ظالم فقد تودع منها؟
“ Apabila engkau melihat umatku takut untuk berkata kepada orang yang berbuat zalim;” wahai penzalim, maka sesungguhnya ia telah mengucap selamat tinggal baginya”.

Hadith diatas meletakkan bahawa kezaliman bukan sahaja berlaku dengan memukul orang, mencaci, menghina serta menzalimi yang lain, namun KEZALIMAN juga berlaku bilamana SESUATU TIDAK DILETAK PADA TEMPATNYA,,,

Sebagai contoh,, bila HUKUM ALLAH tidak dilaksanakan, bila SYARIAT ditentang,, maka disitulah kezaliman telah berlaku,, keadilan tidak dijalankan serta dilaksankan,,,
Zalim pada yang tidak bersalah, zalim pada yg menegakkan kebenaran, zalim pada yg hak…

Itulah zalim yang sebenar-benarnya.. yang benar disorokkan, yang salah jua dilindungkan,,, NAMUN ditegakkan jua yg salah itu…

Memang benar,, pada mata kasar manusia, semua itu (kebenaran) tidak Nampak,,, namun pada ‘mata’ Allah,,, DIMANA HENDAK KITA SOROKKAN??????

Sesiapa yang tidak menjalankan amanah (tidak berkata benar) Nabi ucap “ selamat tinggal” kepada mereka-mereka ini…

2) wajib dari sudut HUKUM

*Firman allah dalam surah al-Maidah ayat 44, 45 n 47 mafhumnya
“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang KAFIR” (al-Maidah:44)

“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang ZALIM” (al-Maidah:45)

“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang FASIQ” (al-Maidah:47)

*Allah menyifatkan orang yang tidak beramal dengan apa yang telah diturunkanNya itu sebagai orang yang KAFIR, ZALIM N FASIQ.
*mereka dihukum kafir sekiranya mereka menghina al-Quran serta hukum2 Islam yg lain.
*mereka orang Islam, percaya dengan hukum2 Islam, namun tidak beramal dengannya- zalim.

*namun, kita jangan mudah2 mengatakan orang itu ‘kafir’ kerana kemungkinan mereka itu tidak tahu mengenai hukum2 Islam, MAKA TUGAS KITALAH untuk menerangkan serta menyampaikannya.

*beramal dengan Islam itu boleh dibahagikan kepada 2
1) Hablun Minallah
2) Hablun Minannas

*Mala yatimmul-wajibu Illa Bihi Fahuwa Wajibun: “ sesungguhnya perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib”.
*kewajipan mengembalikan kehidupan Islam adalah menjadi FARDHU ‘AIN ke atas setiap muslim sehingga kepimpinan dan kekuasaan kembali ke pangkuan Islam.

*ada Ulama’ kata amalan paling afdhal/mulia disisi Allah ialah:
berjuang di jalan Allah
Ada yang kata :
Solat di awal waktu
Ada yang kata:
Berbakti pada kedua ibu bapa,,

• jawapan yang nabi beri itu semua adalah bergantung kepada situasi yang sedang dihadapi oleh sahabat2 pada masa itu,
• sebagai contoh, ada sahabat yang ingin turut serta berperang, namun ia mempunyai seorang ibu tua yang uzur, maka Rasulullah menyatakan padanya, adalah lebih afdhal dia menjaga serta berbakti pada ibunya terlebih dahulu berbanding keluar berperang.

• Ada juga sahabat bertanya apa yang paling afdhal dilakukan, maka jawab baginda “ solat dia awal waktu”. Jawapan nabi itu tepat dengan situasi yang dihadapi oleh sahabat tersebut yang mana sahabat itu sering solat lewat n tidak pada waktunya

• Itulah, maha suci Allah meletakkan sesuatu itu dengan hikmah dan mempunyai hikmah yang tersendiri serta rahsia2 yang hanya diketahuiNya..


Itulah sedikit perkongsian yang mampu ana sampaikan disini,, moga setiap apa yang ditulis mendapat manfaat pada semua,, lebih2 lagi bagi yang menulis ini sendiri.. INSYAALLAH…AMEEN

• P/S:kalau ada kesilapan pada maklumat yang disampaikan, dialu2kan untuk memperbetulkannya.. moga dpt kongsi bersama.

WALLAHUA’LAM



Khamis, 3 Februari 2011

SATU HARI YG PENUH DGN PENGISIAN (PART 1)


Satu hari yang penuh dengan pengisian PART 1

Alhamdulillah,, setinggi2 pengucapan hanya dipanjatkan buat yang Maha Kuasa,,
Segala puji2an hanya layak bagiNYA…
Sedikit perkongsian buat sahabat sahabiah sekalian,,,
Perkongsian yg ana ingin kongsi berkenaan dgn suatu hari yg penuh dengan pengisian,,,
PENGISIAN ROHANI YG PASTINYA…
Bermula dari wktu pagi hingga lewat tengah hari,,
Disambung pula waktu petang hingga ke asar…
Alhamdulillah,, segalanya penuh dengan pengisian jiwa, makanan rohani…
Rehlah yg santai,,, perkongsian yg bermanfaat dan penuh semangat,,,

An-Nisa: 95 “ tidaklah sama antr org beriman yg duduk (yg tdk turut berperang) tanpa mempunyai uzur (halangan) dgn org yg berjihad d jalanNyA dgn hrta n jiwanya atas org2 yg duduk (tdk ikut brperang tnp hlgan). Kepada masing2, Allah janjikan pahala yg baik (syurga) n Allah melebihkn org2 yg berjihad atas org yg duduk dgn pahala yg besar.”

At-Taubah: 105 “ dan katakanlah: bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, bgtu juga RasulNya n org2 mukmin, n kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui yg ghaib n yg nyata, lalu dberitakanNya kpd kmu ap yg telah kamu krjakn.”

As-Saff: 4 “Sesungguhnya allah mencintai org yang berperang di jalanNya dlm barisan yg teratur , mrk seakan2 spt 1 bgunan yg tersusun kukuh."

Ibrahim:24-26 “ Tidakkah kamu mmprhatikan bgmana Allah tlh mmbuat perumpamaan kalimat yg baik spt pohon yg baik, akarnya kuat n cabangnya (menjulang) ke langit.

(pohon) itu mghasilkan buahnya pd setiap waktu dgn izin tuhannya. N allah membuat perumpamaan itu untk manusia agr mereka selalu ingat.

Dan perumpamaan kalimah yg buruk spt pohon yg buruk, yg telah dicabut akar2nya dari permukaan bumi, tdk dpt tetap, tegak sedikitpun.

Nah, itulah ayat2 Allah yg amat2 mempunyai kaitan antr satu sama lain,,(sbnrnya banyak lagi).
Itulah ibarat kisah perjuangn kita, yg mana perjuangan kita sangat2 memerlukan kerjasamana, saling bahu membahu antara satu sama lain, saling kammil mutakammil supaya setiap perjuangan yg kita lakukan membuahkan hasilnya yg mana ianya adalah Redha dr Tuhannya..

Perjuangan juga ibarat seperti air yang mengalir,, melalui liku2 menongkah arus deras yg mana air itu mampu jua melaluinya w/pun berbagai halangan yg terpaksa dihadapi,, begitu jua perjuangan yg kita lalui, walaupun bermacam dugaan yg kita lalui, berbagai cabaran yang terpaksa kita hadapi, namun kita masih mampu menongkahnya, melawan segala mehnah dalam kita berusaha untuk mendapatkan Mardotillah…




Kita juga harus umpamakan diri kita dengan POHON KELAPA yg mana pohon kelapa ini setiap genap, setiap inci darinya mempunyai manfaat dan memberi manfaat pada org lain,, tiada satu pun terkecuali,, bermula dr akarnya, batangnya, umbutnya, daunnya, buahnya,, sabutnya, tempurungnya,, dan sebagainya,, semuanya mempunyai manfaat n boleh digunakan,,,
masyaAllah, maha hebat ciptaan allah ini,,,
kita sebagai makhluk ciptaannya juga seharusnya merasakan diri kita ini mampu memberi manfaat pada orang lain disamping memanfaatkan diri sendiri yg mana manfaat pada orang lain melebihi segala2 nya,, seharusnya kita lebih berusaha untuk menjadikan diri kita mendatangkan manfaat pada orang lain..
kalu ingin diumpamakan dengan apakah kita ini,, terlau banyak yg boleh diumpamakan,,,

begitu jua dalam perjuangn…




kita jua harus menjadi seperti lalang,, walaupun ditiup angin ke kiri ke kanan, namun kita tetap teguh pada asasnya.., kuatnya asas walaupun masalah datang melanda.. kuatnya Iman walaupun ujian n dugaan menimpa bertimpa2,,,
begitu jua dlm pjuangan yg mana istiqomah itu sangat2 penting seperti teguhnya lalang walau ditiup ke kiri n ke kanan. Kita jua harus berada dalam kumpulan supaya kita tidak hanyut n tidak jua DIHANYUTKAN.

dlm 1 riwayat menyatakan: ALJAMAA’ATI BAROKATU ( jamaah itu berkat )
nah,, apa lg yg dicari????
fikir2kn,, renung2kan...
selamat memilih...
moga pilihan kita adalah pilihan yg paling tepat!!!


Isnin, 31 Januari 2011

SANAH HELWAH = SANAH .......?


Salam’alaik,,
Alhamdulillah, kita masih diberi ruang dan juga peluang olehNya untuk menghirup udaraNya, masih mampu merasai nikmat Iman dan Islam, masih berada di Bumi MilikNya,,
Semuanya adalah dengan IzinNya yg Maha Kuasa lg Maha Perkasa..
Alhamdulillah,, syukur Alhamdulillah,,
Setinggi2 kesyukuran hanya dipanjatkan buatNya,, Robbul Izzati…

فبأي ءالآء ربكما تكذبان
fabi-ayyi aalaa-i rabbikumaa tukadzdzibaan
[55:65] Maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Saat demi saat,,,, detik demi detik…., waktu demi waktu;;;,
Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun,,
Semakin menjauh, berlalu meninggalkan masa2 lalu,,,
Umur pula semakin meningkat,, semakin mendekat,, menghampiri detik2 kematian,,

walan yu-akhkhirallaahu nafsan idzaa jaa-a ajaluhaa wallaahu khabiirun bimaa ta'maluun
Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan. (Al-Munaafiqun:11)




Wajar sekali ulang tahun kelahiran disambut dengan alunan ayat suci Al-Quran,, ayat-ayat cinta dari Tuhan,, surah2 rindu dari KALAMNya yg suci lagi mulia,, zikir2 munajat,, membesarkan ALLah dengan setinggi2 kebesaran n kesyukuran padaNya..


Perhambakan diri padanya detik malam menjelma..

Teringat sahabat yg mymbut ulangthun pd tarikh yg sama,,,
masyaAllah,, malamnya dihabiskan dengan membaca Ayat suci Al-Quran,, surah2 pilihan,,,
Yaasiin, Al-Kahfi,, Ar-Rahman,,dan laen2 lagi…
Katanya ingin menghadiahkannya buat dirinya,,,
Amat mengharukan… turut DIHADIAHKANNYA buat DIRI INI juga…
“ dqna dah baca surah2 tu,, n dqna hadiahkan sparuh bt k ba, sparuh bt dqna….”
MasyaAllah,,, amat mulia hatimu dik,,,diri ini belum sempat lg menghadiahkan ap2 buatmu detik itu,,,
hanya doa2 yg ku panjatkan padaNya buat dirimu.. doa dri mu yg kau kirim lewat sms,, bgtu jg doa driku untukmu dik,,

“moga urusanMu d dunia baek yg mlibtkn krj2 Islam, pkrjaan, plajaran, urusan d kubur + d akhirat dimudahkan Allah, d kurniakan hikmah, d ktguhan hati, kjyaan Dunia n Akhirat,
Kasih sayang + kecintaan dari allah serta penduduk langit n bumi, sentiasa dalam rahmat, keredhaan n keampunan Allah, d beri rezeki berupa hati yg sentiasa merindui + menyintaiNYA, terlalu mgharapkn syahidNYA, trpelihara dr sgala fitnah dunia, fitnah kubur, fitnah akhirat,
Dlindungi dr gangguan, godaan syaitan srta makhluk jahat, terpelihara dr segala macam bntuk maksiat n kemungkaran…
Moga tabah, sabar, kuat mghadapi bermacam mehnah dahsyat yg dberi allah sbagai lambang TARBIYYAh dr NYA..
Doaku agar dikau menjadi hambaNya yg bertaqwa, anak+sahabat+da’ie+zaujah+ibu yg mantap.
Duhai mujahidah mukhlisah, ktahuilah dirimu itu terlalu mahal. Aku mengharapkan mujahid soleh yg d cintai Allah jua yg brjya mlamar cinta halalmu kelak,,,
Amen Ya Rabbal ‘aalameen…”

Kelahiran yg disambut dengan azan n iqomah,,
Kematian dihantar dgn bacaan Yasin n talkin,,
Mana mungkin ulangtahunnya disambut dengan sukaria, gembira n tawa,,,
Sedangkan antara azan, iqomah, n solat itu terlalu hampir jaraknya,,
Itulah ibarat tempoh hidup seseorang,, terlalu singkat, terlalu cepat…
Dunia ibarat tempat persinggahan Cuma,,,
Akhirat jua yg kekal abadi,,,

dikesempatan waktu yang ada,, ucapkanlah "terima kasaih mak kerana melahirkan diri ini, terima kasih kerana menjaga, mendidik diri ini dengan amat baik sekali, terima kasih kerana telah bersusah payah membesarkan diri ini,, hingga menjadi manusia yg sebegini rupa sprti hari ini,terima kasih mak,,, SAYANG MAK..."
ucapkanlah...3x,,
jangan malu, jangan segan...
luahkanlah....

Memandangkan umur semakin meningkat, waktu semakin mendekat,,, menghampiri kematian yg sentiasa memanggil, menunggu masa terlaksananya……………
Menunggu detik yg sudah tercatat di Luh Mahfuz……
Perbanyakkanlah amal ibadat,,
pertingkatkanlah Iman,,
Perbaikilah Akhlak,,,
Perbetulkanlah Niat sentiasa,,,
Ya Rabbi…Ya Kareem,,,
Irhamnaaa,,3x

Astaghfirullah Allah2,
AstaghfirullahAlaziim,
Min kulli 3x ZanbilAziim,
*ulang
Awwalan wal akhiran,
waZohiran waBaatinan,
Ya Ghafur Ya Rahim2,
Wa fighlana zunubanaa….


SANAH HELWAH FAUZ.(14 jan)
SANAH HELWAH DQNA.(28 jan)
SANAH HELWAH SARAH.(2 feb)

MAY ALLAH BLESS US...AMEEN..

Minallah ilallah,,,
Wallahua’lam…