AhLaN WaSahLaN WaMaRhaBaN B!KUM

ALLAH BAARIKLI WA BAARIKLAKUM

Selasa, 9 November 2010

PENGORBANAN

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam, maha suci Allah, Pencipta segala ciptaan,
Subhaanallah,,,,

berkorban apa saja,
harta ataupun nyawa,
itulah kasih mesra,
sejati dan mulia,,

ntah btul atau x ana tlis ni...
lirik nasyeed sape ntah curi...

tinggal beberapa hari saja lg nak Raye HJI,,
rya yang terbesar bagi ummat Islam,,
sepatutnya HARI RAYA AIDILADHA LH disambut dengan penuh kegembiraan dan penuh kebesaran
setelah pengorbanan yang dilakukan,,,
bagi orang Arab, hr Raya AIDILADHA adalah hari kebesaran bagi mereka,BERBANDING RAYE AIDILFITRI YG HNYA DISAMBUT SECARA SEDERHANA SHJ
namun di Malaysia, raye aji cuma disambut biasa2 shj, tidak semeriah raye aidilfitri, sebulan sapa raye...
xcukup sbulan, tmbh lg lepas tu...

berbezanya kita ngan orang Arab yg pada mereka hari raya Aidiladha lebih besar...

namun ana tidak berniat untuk mencari perbezaan bagi kedua2nya,,
apa yg penting, pengorbanan yang telah dilakukan oleh nabi Allah IBrahim dan Ismail kita hayati betul2, betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Allah itu...

kita sebagai hamba,,, mampukah kita melakukan pengorbanan yg sebegitu besar? sebegitu tulus dan suci?
sudah tentu kita akan memikirkan berkali2 untuk melakukan pengorbanan yg bagi kita terlalu mustahil untuk kita lakukan...
tapi perkara MUSTAHIL itulah yang telah dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim
diterimanya perintah Allah itu dengan penuh sabar dan redha dengan ketentuannya...
itulah... betapa kuat n tingginya keyakinan Nabi Allah itu terhadap penciptanya...

kita sebagai hambanya, haruslah bersedia untuk berkorban apa sahaja demi menegakkan AgamaNya yang suci ini,,,
berkorban masa, tenaga,,,,
demi Cinta kita pada Allah subhaanahuwataala...

cuba kita renung balik diri kita,,,
pernah atau tidak kita berkorban untuk Agama kita Islam tercinta???
pernah atau tidak kita berkorban untuk kedua ibu bapa kita???
pernah atau tidak kita berkorban untuk adik beradik kita???
pernah atau tidak kita berkorban untuk sahabat2 kita???
pernah atau tidak kita berkorban untuk diri sendiri???

pernah atau tidak kita berkorban untuk semua perkara tersebut dan selain darinya?
PERNAH ATAU TIDAK???
bayangkan betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan oleh i/bapa kita dalam membesarkan, mendidik kita sehingga mampu menjadi 'manusia' yang InsyaAllah akan menyumbang kepada kebangkitan, kemenangan Islam..tidak terhitung betapa besar dan banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka.. wajib bagi kita sebagai anak untuk mentaati mereka, menurut perintah mereka selagi tidak bertentangan dengan syarak...
apalah sangat yang telah kita berikan pada i/bapa kita berbanding pengorbanan yang telah mereka lakukan,,
jika kita tidak mahu berbakti pada mereka, siapa lagi yang akan memberi bakti??
jika tidak kita yang mengasihi mereka, siapa lagi?
jika tidak kita yang membantu mereka, siapa lagi?
dan,,, jika tidak kita yang mendoakan mereka,, siapa lagi???
sekiranya kita masih mempunyai ibu bapa, kasihilah mereka, sayangilah mereka, bantulah mereka, berbaktilah kpd mereka selagi hayat masih ada...

begitu juga pengorbanan untuk adik beradik kita,,, ajarkanlah diri kita untuk sentiasa beralah dengan mereka, ajarkanlah diri kita untuk menghormati mereka, ajarkanlah diri kita untuk menyayangi mereka setulus hati,,
dan,, didiklah mereka sekirannya tersasar dari 'landasan sebenar'...

buat sahabat2 kita, teruskanlah berhubung dengan mereka, bermuamalat dengan baik, mengasihi mereka, dan berkorbanlah sekiranya ia memerlukan pengorbanan kita w/pun mereka tidak menuntut kita berkorban untuknya,, dengan ikhlas, tanpa mengharapkan balasan, kita bersedia berkorban untuk sahabat2 kita,,
pengharapan kita hanyalah pada ganjaran Allah yang Maha Pemurah.. InsyaAllah dgn izinNya.

memang mudah untuk kita menyebut soal berkorban, ye, berkorban, contohnya...
'ana boleh berkorban untuk sesiapa sahaja' 'ana sanggup berkorban untuk sahabat', 'ana sanggup habis duit untuk tolong sahabat2', 'ana akan korbankan masa, tenaga ana untuk kerja2 Islam',, dan bermacam2 lagi.
kadang2 amat sukar untuk kita menunaikannya,, bila tiba masa untuk kita berkorban..janji hanya tinggal janji, NAMUN, kesungguhan kita untuk berkorban InsyaAllah akan dipermudahkan olehNya, akan sentiasa dibukakan jalan, akan sentiasa diberikan ruang dan peluang INSYAALLah,,
sentiasalah kita perbetulkan niat kita, untuk apa kita melakukannya, untuk siapa dan kenapa?
setiap apa yang kita lakukan, mulakanlah dengan NIAT, walau sekecil2 perkara yang kita lakukan, niatlah 'LILLAHI TAALA'..
mudah-mudahan setiap apa yang kita lakukan, mendapat keredhaan dari Allah SWT.

pengorbanan menuntut sejuta keikhlasan, pengorbanan mengajar erti kepayahan, pengorbanan menguji tahap kesabaran,,
namun dengan pengorbanan, kita megengenal erti kehidupan...

semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan bernilai ibadat disisi Robbul Izzati...
semoga setiap darinya diterima...
Ameen...

Tiada ulasan: