AhLaN WaSahLaN WaMaRhaBaN B!KUM

ALLAH BAARIKLI WA BAARIKLAKUM

Ahad, 14 November 2010

SESUCI KAIN PUTIH

Alhamdulillah,, syukur alhamdulillah, segala puji-pujian hanya selayaknya untukMU ya Allah.

Pengalaman hari ini, pendidikan untuk hari mendatang..
subhanallah, maha suci Allah, lahirnya si cilik Islam, ingin belajar dan mempelajari, ingin diajar dan terus belajar,, itulah pengalaman yang ana dapat pada hari ini,
seramai lebih kurang 240 orang pelajar (7-12 thn), menjadi peserta kem pemantapan solat dan pembinaan sakhsiah.
dan ana antara fesi yang terlibat.
amat mengembirakan, amat menyeronokkan, amat melucukan dan tidak kering gusi juga melayan kerenah si cilik ini,,
Allahurabbi,,

mereka ibarat kain putih, perlukan didikan, perlukan bimbingan, perlukan lakaran2 dan coretan2 yang baik bagi mereka ini,, mereka perlukan bimbingan dan perhatian berterusan,,

si cilik ini amat bertuah kerana mempunyai i/bapa yanng sayangkan mereka, mahukan yang terbaik untuk anak2 mereka, dihantarnya si cilik ini ke program2 yang membina sakhsiah yang InsYaAllah mudah2 akan membentuk anak2 mereka menjadi anak yang soleh/ah..

si cilik yang bijak, si cilik yang mudah dilentur dan diajar, si cilik yang mudah belajar, si cilik yang manis, itulah tanggapan ana pada si cilik ini,,
mereka sangat berminat untuk belajar, mereka sangat tulus hatinya, mereka sangat mudah untuk menerima,,
Subhanallah, maha suci Engkau yang menjadikan mereka sebersih2 nya,,

si cilik ini amat melucukan, ada yang menangis, 'kakak hilang' katanya, 'selipar hilang', 'beg xjumpa' dan sebagainya,, namun, cekalnya hati mereka untuk terus berada seharian bersama2 fesi, belajar, diajar, serta mempraktikkan bacaan dalam solat, wuduk dan sebagainya...

kalau nak ceritakan semuanya, pasti berhari2 pun tidak habis, berlembar2 pun tidak cukup,, kerenah mereka mencuitkan, berbagai2 ragam, tidak kurang juga memeningkan :-)
namun, si kain putih ini bisa diajar, bisa menerima, bisa belajar,,dan bermacam2 bisa lagilh,,;-)

masa kecil inilah masa untuk mereka belajar, diajar perkara2 yang baik kerana hati mereka sangat bersih, mudh menerima segala apa yang diberikan.
Oleh yang demikian, bagi ibu bapa, gunakanlah masa kecil anak2 ini untuk mendidik mereka, mengasuh mereka, melenturkan mereka dan mengajarkan mereka nilai2 agama yang baik, budi pekerti yang soleh, akhlak yang mahmudah Insya Allah..

ingin sekali ana menyertainya lagi, cuba memberi sumbangan tenaga, cuba mendidik mereka, ingin melihat mereka menjadi anak2 yang baik, soleh/ah,, mudah2an,

itulah pengharapan kita pada si cilik generasi baru yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang,,,
pembentukannya bermula dari bawah, dari awal lagi...
bermulanya dengan individu yang soleh/ah, melahirkan keluarga yang mawaddah wa rahmah, zuriat yang soleh/ah, generasi yang hebat agamanya, akhlaknya, ilmunya..
Segala2nya bermula dari kita, kita yang akan menjadi pembentuk kepada peribadi2 soleh ini, kita yang akan menjadi muallim/ah pada 'si kain putih' ini..

sama2 lah kita pertingkat amal, perbaiki diri, perbetul peribadi menjadi insan soleh,,
mudah-mudahan kita juga SESUCI KAIN PUTIH apabila dibangkitkan kelak.
INSYAALLAH.

Wallahua'lam.

Tiada ulasan: