AhLaN WaSahLaN WaMaRhaBaN B!KUM

ALLAH BAARIKLI WA BAARIKLAKUM

Khamis, 12 Ogos 2010

RAMADHAN YANG PERTAMA '2010'

Salam Ramadhan al-Mubarak...
Ramadhan kareem,,, kullu 'aam wa antum bikhair :-)

terasa cepatnya masa berlalu, terasa bagaikan baru beberapa bulan meninggalkan Ramadhan, kini ia muncul kembali pastinya dengan membawa RAHMAT pada awalnya, KEAMPUNAN pada pertengahannya dan DIJAUHKAN DARI API NERAKA pada akhirnya....

Alhamdulillah, sudah berjaya melepasi satu hari puasa..
terasa penat juga hari pertama ni biarpun sudah melatih diri ini berpuasa pada bulan2 sblumya...
terasa seronok menjalani ibadah puasa ini, tambahan pula ana berpeluang berniaga di SOUQ RAMADHAN (bazar Ramadhan) universiti...
tambah2 seronok lagi bila makanan habis dijual walaupun hujan sedikit lebat pada permulaannya....

dikesempatan ini ana ingin mencoret sedikit coretan perkongsian ilmiah,.
semoga ia membawa manfaat untuk semua...

di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama2 merebut peluang dan ruang yang dibukakan kepada kita dengan beramal ibadat siang dan malam,,,
setiap detik waktu kita, isikanlah dengan perkara yang berfaedah...
kata sis Nad, setiap minit kita amat berharga, jika dalam satu minit kita mampu membaca surah al-Ikhlas contohnya sebanyak 10-15 kali ( dalam Hati/ jahar-kuat ), bagaimana pula dengan satu jam???
cuba bayangkan berapa banyak kita mampu membacanya jika dibandingkan dengan membuat perkara lain yang tidak berfaedah..

selain itu, kita boleh mengisi masa kita dengan berzikir, menyebut Asma al_Husna yang indah, mengalunkan ayat al-Quran supaya setiap detik dan waktu kita adalah dengan mengingatiNya...
InsyaAllah, mga apa yg kita lakukan dan laksanakan akan mendapat redha dan Rahmat dariNya..

berzikir dengan mengingatiNya tidak semestinya memerlukan kita menyeebut secara jahriah/ kuat, tetapi memadai kita menyebutnya di dalam hati atau secara perlahan...

selain itu, kita juga boleh mengambil inisiatif lain seperti memasang kaset @ mendengar ayat2 al_quran yang dialunkan supaya hati kita sentiasa tenang dengan ayat2 indah yang dialunkan...

perbanyakkanlah amalan2 yg baik dan terpuji serta kutiplah seberapa banyak pahala ( InsyaAllah ) supaya ia dapat menampung segala amalan2 kita yang lain yg lepas dan akan datang..

fikir2kan dan selamat beramal :-)

Tiada ulasan: