AhLaN WaSahLaN WaMaRhaBaN B!KUM

ALLAH BAARIKLI WA BAARIKLAKUM

Isnin, 14 Februari 2011

'LAHIRNYA SEORANG KEKASIH'



SALAM MAULIDURRASUL...
SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.
RASUL AMIIN,, NUURUL ALAM,,,
JUGA BUAT SAHABAT2 SERTA KELUARGA BAGINDA S.A.W.

12 rabiulawal menjadi saksi
Dunia dihiasi manusia Ulul Azmi
Siti Aminah hadir disisi
Membelai baginda dibuai mimpi
Tanpa Abdullah, Baginda berdikari
Menjadi tauladan peribadi insane
Yatim piatu takdir diri
Diasuh abdul Mutalib sebagai anak sendiri
Al-Amin gelaran diberi
Baginda pemuda amanah lagi rendah diri
Pintar, fikir benar dan berani
Menjadi pedoman umat zaman kini
Mahligai kasih dibina bersama
Teman sejati Siti Khadijah
Manusia istimewa
Dilimpahi rezeki dengan berniaga
Cinta berputik kekal selamanya
Gua Hira’ wadah wahyu diterima
Gigil dan takut tidak terkata
Jibrail diutuskan dengan rela
Mengajar Nabi ilmu membaca
Iqra’, Bacalah…..
Menjadi titik pertemun wadah perjuangan
Ajaran wahyu menjadi pegangan
Tidak kira bangsa, keturunan dan zaman
Semua tunduk sembah kepada ar-Rahman
Tutur bicaranya penuh sopan
Kata-kata penuh hikmah dan kebenaran
Seru manusia mengajar kebaikan
Cegah manusia dari kemungkaran
Baginda dikutuk, dicaci dan dihina
Tidak terlintas untuk putus asa
Sebaliknya berdoa supaya hati terbuka
Menerima Islam sebagai sandaran utama
Itulah Baginda Nabi kita
Peribadi agung lagi mulia
Jadikanlah Baginda sebagai idola
Terus berjuang sampai bila-bila…

Sabtu, 5 Februari 2011

SATU HARI YG PENUH DGN PENGISIAN (PART 2)


Salam’ alaik,,,
Smoga kita sentiasa dalam Rahmat n Naungan Ilahi…
Ana ingin berkongsi sedikit ilmu yg ana dapt pd ‘1 hari yg pnuh dgn pengisian’…

“KITA MESTI YAKIN BERAMAL UNTUK ISLAM ITU WAJIB”
1) wajib dr sudut PRINSIP.

Sedikit kupasan yg ingin ana kongsikan disini ialah berkaitan dengan ‘AL-ASR’ (MASA).

*demi masa
*perahan ( yg mana apabila kita memerah sesuatu spt buah oren, kita akan mendapat JUSNYA yg enak,,,) manakala apabila kita memerah MASA, kita akan mendapat MANFAAT dr masa itu sendiri.
*ia juga berkaitan dengan masa & zaman.
*ia juga membahagikan suatu perbuatan yg telah berlaku, sedang berlaku n akan berlaku.
*juga dikaitkan dengan pemerintahan, kekuasaan (zaman Nabi, zaman sahabat, Khulafa’, Uthmaniyyah, Abasiyyah,, dll.)
*zaman Nabi SAW adalah zaman yg paling Mulia kerana lahirnya orang yg paling mulia iaitu NABI MUHAMMAD SAW.
*juga pendapat lain iaitu ulama’ mengaitkan masa dengan waktu ASAR kerana diumpamakan UMUR DUNIA ini ibarat antara waktu ASAR dgn MAGHRIB shj.

Itulah sedikit kupasan mengenai masa yg dapat dikongsikan bersama.



Hadith lain yg berkaitan dengannya ialah:

اذا رأيت أمتى تهاب ان تقول للظالم يا ظالم فقد تودع منها؟
“ Apabila engkau melihat umatku takut untuk berkata kepada orang yang berbuat zalim;” wahai penzalim, maka sesungguhnya ia telah mengucap selamat tinggal baginya”.

Hadith diatas meletakkan bahawa kezaliman bukan sahaja berlaku dengan memukul orang, mencaci, menghina serta menzalimi yang lain, namun KEZALIMAN juga berlaku bilamana SESUATU TIDAK DILETAK PADA TEMPATNYA,,,

Sebagai contoh,, bila HUKUM ALLAH tidak dilaksanakan, bila SYARIAT ditentang,, maka disitulah kezaliman telah berlaku,, keadilan tidak dijalankan serta dilaksankan,,,
Zalim pada yang tidak bersalah, zalim pada yg menegakkan kebenaran, zalim pada yg hak…

Itulah zalim yang sebenar-benarnya.. yang benar disorokkan, yang salah jua dilindungkan,,, NAMUN ditegakkan jua yg salah itu…

Memang benar,, pada mata kasar manusia, semua itu (kebenaran) tidak Nampak,,, namun pada ‘mata’ Allah,,, DIMANA HENDAK KITA SOROKKAN??????

Sesiapa yang tidak menjalankan amanah (tidak berkata benar) Nabi ucap “ selamat tinggal” kepada mereka-mereka ini…

2) wajib dari sudut HUKUM

*Firman allah dalam surah al-Maidah ayat 44, 45 n 47 mafhumnya
“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang KAFIR” (al-Maidah:44)

“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang ZALIM” (al-Maidah:45)

“Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang FASIQ” (al-Maidah:47)

*Allah menyifatkan orang yang tidak beramal dengan apa yang telah diturunkanNya itu sebagai orang yang KAFIR, ZALIM N FASIQ.
*mereka dihukum kafir sekiranya mereka menghina al-Quran serta hukum2 Islam yg lain.
*mereka orang Islam, percaya dengan hukum2 Islam, namun tidak beramal dengannya- zalim.

*namun, kita jangan mudah2 mengatakan orang itu ‘kafir’ kerana kemungkinan mereka itu tidak tahu mengenai hukum2 Islam, MAKA TUGAS KITALAH untuk menerangkan serta menyampaikannya.

*beramal dengan Islam itu boleh dibahagikan kepada 2
1) Hablun Minallah
2) Hablun Minannas

*Mala yatimmul-wajibu Illa Bihi Fahuwa Wajibun: “ sesungguhnya perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib”.
*kewajipan mengembalikan kehidupan Islam adalah menjadi FARDHU ‘AIN ke atas setiap muslim sehingga kepimpinan dan kekuasaan kembali ke pangkuan Islam.

*ada Ulama’ kata amalan paling afdhal/mulia disisi Allah ialah:
berjuang di jalan Allah
Ada yang kata :
Solat di awal waktu
Ada yang kata:
Berbakti pada kedua ibu bapa,,

• jawapan yang nabi beri itu semua adalah bergantung kepada situasi yang sedang dihadapi oleh sahabat2 pada masa itu,
• sebagai contoh, ada sahabat yang ingin turut serta berperang, namun ia mempunyai seorang ibu tua yang uzur, maka Rasulullah menyatakan padanya, adalah lebih afdhal dia menjaga serta berbakti pada ibunya terlebih dahulu berbanding keluar berperang.

• Ada juga sahabat bertanya apa yang paling afdhal dilakukan, maka jawab baginda “ solat dia awal waktu”. Jawapan nabi itu tepat dengan situasi yang dihadapi oleh sahabat tersebut yang mana sahabat itu sering solat lewat n tidak pada waktunya

• Itulah, maha suci Allah meletakkan sesuatu itu dengan hikmah dan mempunyai hikmah yang tersendiri serta rahsia2 yang hanya diketahuiNya..


Itulah sedikit perkongsian yang mampu ana sampaikan disini,, moga setiap apa yang ditulis mendapat manfaat pada semua,, lebih2 lagi bagi yang menulis ini sendiri.. INSYAALLAH…AMEEN

• P/S:kalau ada kesilapan pada maklumat yang disampaikan, dialu2kan untuk memperbetulkannya.. moga dpt kongsi bersama.

WALLAHUA’LAM



Khamis, 3 Februari 2011

SATU HARI YG PENUH DGN PENGISIAN (PART 1)


Satu hari yang penuh dengan pengisian PART 1

Alhamdulillah,, setinggi2 pengucapan hanya dipanjatkan buat yang Maha Kuasa,,
Segala puji2an hanya layak bagiNYA…
Sedikit perkongsian buat sahabat sahabiah sekalian,,,
Perkongsian yg ana ingin kongsi berkenaan dgn suatu hari yg penuh dengan pengisian,,,
PENGISIAN ROHANI YG PASTINYA…
Bermula dari wktu pagi hingga lewat tengah hari,,
Disambung pula waktu petang hingga ke asar…
Alhamdulillah,, segalanya penuh dengan pengisian jiwa, makanan rohani…
Rehlah yg santai,,, perkongsian yg bermanfaat dan penuh semangat,,,

An-Nisa: 95 “ tidaklah sama antr org beriman yg duduk (yg tdk turut berperang) tanpa mempunyai uzur (halangan) dgn org yg berjihad d jalanNyA dgn hrta n jiwanya atas org2 yg duduk (tdk ikut brperang tnp hlgan). Kepada masing2, Allah janjikan pahala yg baik (syurga) n Allah melebihkn org2 yg berjihad atas org yg duduk dgn pahala yg besar.”

At-Taubah: 105 “ dan katakanlah: bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, bgtu juga RasulNya n org2 mukmin, n kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui yg ghaib n yg nyata, lalu dberitakanNya kpd kmu ap yg telah kamu krjakn.”

As-Saff: 4 “Sesungguhnya allah mencintai org yang berperang di jalanNya dlm barisan yg teratur , mrk seakan2 spt 1 bgunan yg tersusun kukuh."

Ibrahim:24-26 “ Tidakkah kamu mmprhatikan bgmana Allah tlh mmbuat perumpamaan kalimat yg baik spt pohon yg baik, akarnya kuat n cabangnya (menjulang) ke langit.

(pohon) itu mghasilkan buahnya pd setiap waktu dgn izin tuhannya. N allah membuat perumpamaan itu untk manusia agr mereka selalu ingat.

Dan perumpamaan kalimah yg buruk spt pohon yg buruk, yg telah dicabut akar2nya dari permukaan bumi, tdk dpt tetap, tegak sedikitpun.

Nah, itulah ayat2 Allah yg amat2 mempunyai kaitan antr satu sama lain,,(sbnrnya banyak lagi).
Itulah ibarat kisah perjuangn kita, yg mana perjuangan kita sangat2 memerlukan kerjasamana, saling bahu membahu antara satu sama lain, saling kammil mutakammil supaya setiap perjuangan yg kita lakukan membuahkan hasilnya yg mana ianya adalah Redha dr Tuhannya..

Perjuangan juga ibarat seperti air yang mengalir,, melalui liku2 menongkah arus deras yg mana air itu mampu jua melaluinya w/pun berbagai halangan yg terpaksa dihadapi,, begitu jua perjuangan yg kita lalui, walaupun bermacam dugaan yg kita lalui, berbagai cabaran yang terpaksa kita hadapi, namun kita masih mampu menongkahnya, melawan segala mehnah dalam kita berusaha untuk mendapatkan Mardotillah…




Kita juga harus umpamakan diri kita dengan POHON KELAPA yg mana pohon kelapa ini setiap genap, setiap inci darinya mempunyai manfaat dan memberi manfaat pada org lain,, tiada satu pun terkecuali,, bermula dr akarnya, batangnya, umbutnya, daunnya, buahnya,, sabutnya, tempurungnya,, dan sebagainya,, semuanya mempunyai manfaat n boleh digunakan,,,
masyaAllah, maha hebat ciptaan allah ini,,,
kita sebagai makhluk ciptaannya juga seharusnya merasakan diri kita ini mampu memberi manfaat pada orang lain disamping memanfaatkan diri sendiri yg mana manfaat pada orang lain melebihi segala2 nya,, seharusnya kita lebih berusaha untuk menjadikan diri kita mendatangkan manfaat pada orang lain..
kalu ingin diumpamakan dengan apakah kita ini,, terlau banyak yg boleh diumpamakan,,,

begitu jua dalam perjuangn…




kita jua harus menjadi seperti lalang,, walaupun ditiup angin ke kiri ke kanan, namun kita tetap teguh pada asasnya.., kuatnya asas walaupun masalah datang melanda.. kuatnya Iman walaupun ujian n dugaan menimpa bertimpa2,,,
begitu jua dlm pjuangan yg mana istiqomah itu sangat2 penting seperti teguhnya lalang walau ditiup ke kiri n ke kanan. Kita jua harus berada dalam kumpulan supaya kita tidak hanyut n tidak jua DIHANYUTKAN.

dlm 1 riwayat menyatakan: ALJAMAA’ATI BAROKATU ( jamaah itu berkat )
nah,, apa lg yg dicari????
fikir2kn,, renung2kan...
selamat memilih...
moga pilihan kita adalah pilihan yg paling tepat!!!