AhLaN WaSahLaN WaMaRhaBaN B!KUM

ALLAH BAARIKLI WA BAARIKLAKUM

Selasa, 23 November 2010

PINANGAN DARI LANGIT

Salam alaik,,,

InsyaAllah, ana ingin berkongsi sedikit catatan buat sahabat sahabiah sekalian, smoga ia membawa manfaat untk semua. InsyaAllah.

Ana ingin mengajak antum menyoroti kisah pinangan dari langit ummul mukminin, ZAINAB BINTI JAHSY..(nama asal Barra’, stlh kawin, Rasulullah ganti ngn nama Zainab)
Beliau merupakan anak kepada ibu saudara Rasulullah saw, Ummayah binti Muthalib dan merupakan antara wanita2 yg awal peluk Islam, ikut berhijrah n berjihad bersama2 Rasulullah n para sahabat.
Beliau membesar di tengah2 bani Asad dengan kemuliaan, kecantikan n kedudukan yg terpandang disebabkan asal keturunannya.
Juga terkenal sebagai muslimah yg memiliki jiwa yg bersih n antara yg terkehadapn di dlm ketakwaan, suka buat baik, suka bersedekah.
Sebelum berkahwin dgn Rasulullah, baginda Nabi telah melamar Zainab untuk Zaid bin Haritsah (anak angkat baginda), namun zainab x berkenan kerana merasakan zaid x sepadan dgnnya dr segi keturunan n kemuliaan. (Zaid asalnya hamba yg dihadiahkan oleh Khadijah Khuwailid kpd Rasulullah).
Saidatina Zainab x mahu dijodohkan dgn Zaid. Katanya kepada Rasulllah “ Wahai rasulullah, aku x berkenan jika dia menjadi suamiku, aku adalah wanita terpandang pada kaumku dan puteri bapa saudaramu, maka aku tidak mahu melaksanakannya”.
Rasulullah SAW bersabda,” Tetapi aku meredhainya bagimu”, namun S.zainab tetap tidak mahu sehinggalah turunnya perintah dari Allah: “ dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin, dan wanita yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan( yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah n RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat, dengan sesat yg nyata”. ( Al-Ahzab: 36)
Keteguhan iman kpd perintah Allah tlh meleburkan prbzaan darjat antr manusia. Zainab tunduk akur pd perintah Tuhannya. Dgn ketakwaan yg mendalam, Zainab diijabkabul dgn Zaid b. Haritsah.
Namun kehidupan mereka penuh dugaan n cabaran. Zaid sering mengunjungi Rasulullah untk melahirkan masalah yg dirasainya. Pernad dimintanya untuk bercerai dgn zainab, namun Rasulullah meminta untuk mempertahankan isterinya.
Sebenarnya Rasulullah tahu bhw akhirnya mereka akn brcerai n Allah akan memerintahkan Baginda untuk mengahwini bekas isteri Zaid bg tujuan untk mengubah kebiasaan arab jahiliah yg mengharamkan bapa angkat kahwin dgn bekas isteri anak angkat krn anggap a.angkt spt anak kandung sndiri.
Kemudian turunlah wahyu Allah yg bermaksud:
”Dan (ingatlah) ketika kamu berkata kepada org yg Allah telah limpahkan nikmat kepadanya n kamu juga telah memberi nikmat kepadanya: “Tahanlah terus isterimu n bertakwalah kepada Allah”, sedang kamu menyembunyikan dalam did lm hatimu apa yg Allah akan menyatakannya dan kamu takut kepada manusia, sedang Allahlah yg lebih kamu takuti. Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap isterinya (menceraikannya), Kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin utk mengahwini (isteri2 anak2 angkat itu) apabila anak2 angkat itu telah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya. Dan adalah ketetapan Allah itu pasti terjadi”. (Al-Ahzab: 37 )
Ada riwayat sebut ketika ayat ini turun, Rasulullah saw sdg berbincang dgn S.Aisyah. kemudian tiba2 Baginda pengsan. Setelah bangun baginda tersenyum n bersabda: ” siapakah yg mahu memberi khabar berita gembira kepada Zainab?”
Kemudian Rasulullah saw membacakan ayat tersebut lalu berangkatlah pembawa berita gembira kepada ZAINAB BINTI JAHSY, satu2nya wanita yg dinikahkan Allah dengan nabiNya melalui ayatNya tanpa wali n tanpa saksi. Berita ini sangat menggembirakan Zainab dan terus bersujud apabila disampaikan kepadanya.
Peristiwa ini menjadi kebanggaan kpd Zainab Al-Jahsy sehingga beliau selalu menyebutkan di hadapan isteri2 Rasulullah:
“ Kalian dinikahkan oleh keluarga kalian akan tetapi aku dinikahkan oleh Allah dari atas ‘Arasy-Nya”. Dlm riwayat lain kata Zainab:
“ Allah menikahkan ku dari langit yg ketujuh”.
Kemuliaan Zainab ini turut disahkan oleh Ummul Mukminin S.Aisyah, katanya: “ Semoga Allah merahmati Zainab binti Jahsy. Dia telah mendapat kemuliaan di dunia ini, yang tidak disaingi oleh kemuliaan org lain. Sesungguhnya Allah menikahkannya dengan nabiNya di dunia dn menurunkannya di dalam Al-Quran”.
Begitulah kisah Zainab AL Jahsy yg mendapat setinggi2 kemuliaan dr Allah. Beliau merupakan satu2nya wanita yg dinikahkan Allah SWT dr atas langit ke tujuh dengan malaikat Jibril menjadi dutanya.
Ikut perancangan Allah.
Setiap pg apabila kita bgn dr tidur, kita mempunyai perancangan hidup kita sendiri. Namun, tanpa kita sedari, apabila kita merancang, Allah sudah ada perancanganNya yg sempurna. Itulah kehendak Allah. Kehendak kita harus tunduk dan selari dengan kehendak Allah.
Apabila kita tidak tunduk dan patuh pada kdp perintah Allah dan mengikuti kemahuan sendiri, maka akan berlaku ‘misallignment’ antara kehendak Allah dgn kehendak kita. Ia akan menyebabkan kita sakit.
Sesuatu yg berlaku didlm kehidupan kita, ada yg berkehendakkannya. Pertolongan Allah sangat dekat disediakan bg mereka yg pasrah kepada kehendakNya. Malah dengan hidup berserah kepada ketetapan Allah,ia boleh menjadi penyembuh kepada penyakit yg dialami.
Namun, seandainya kita berterusan menyesali ketetapan Allah, maka jiwa n tubuh kita semakin hari semakin sakit. Justeru, redhalah, terimalah ketetapan yg telah Allah aturkan buat kita.
Yakin n percayalah bahawa setiap yg berlaku itu ad hikmah n ganjaran yg terbaik disisiNya.
Semoga ap yg dikongsikan ini, dpt diambil ikhtibar n pengajaran buat semua yg memahami n berkehendak kepada kebaikan buat tatapan diri, seterusnya disampaikan pd yg lain InsyaAllah.
Wallahua’lam…
• Dipetik dr Artikel asal ‘pinangan dr langit’ tulisan Nor Aliza Abdul Latif ( Konsultan Fauzul Azim Sdn Bhd).
• Penambahan n pengurangan telah dibuat sesuai dengan waqi’ semasa penulis n pembaca… :-) :-) :-)
• Rujukan or pembacaan selebihnya boleh dibuat melalui majalah Nur, nov2010.

Isnin, 22 November 2010

CINTA KEPADA PENGETAHUAN ATAU HIKMAH

Salam alaik,,,

berbicara soal Philosophia( falsafah dlm bhs Yunani),,, apa tu?
tajuk kt atas tulh mksud pada philosophia ni,,

menurut Omar Mohammad Al-Toumy Al-Shaibani, falsafah ialah berusaha untuk mengaitkan sebab dan akibat dan berusaha untuk mentafsirkan pengalaman manusia..

bg Russell pula, falsafah ni sesuatu di antara teologi(dogma @ rukun agama) dan sains,
mengandungi spekulasi tentang perkara-perkara yang belum tepat dan belum nyata..

Schofield plk kt falsafah ni sbg 1 proses menyoal, iaitu soaln2 yg x leh d jwb mlalui ujikaji dan pglman lgsung, ttpi mmrlukan kt brfkir dgn mndalam,,,

kesimpulannya, falsafah ni suatu yg trltk antr teologi n sains,
soalan2 psl falsafah ni prlu kt brtafakkur n berspekulasi n berteori untk dptkn jwpnnya,,,
jd usahlah utarakn soaln2 brbntuk fssafah ni byk2 sgt... :-)

nk smbung lg... :-)
sbnrnya falsafah ni byk,,, Falsafah Pend.Islam, falsafah Timur, Falsafah barat, n lain2 lg lh,,
nk thu lbih lnjut bleh bce bku falsafah ye,,, syukrn,,,

nilh penangn falsafah,, pning,pning, ana pning,,
falsafah oh falsafah,,,

wallahua'lam..

Ahad, 21 November 2010

ROBBI yassir wala tu'assir

Alhamdulillah, syukur alhamdulillah,, segala puji-pujian hanya padaMu ya Allah..

Alhamdulillah,, dah selesai 2 paper hari ni,,, 8.30-10.30pg n 11.30-2.00ptg,, tanpa henti!! Allahuakbar!!! (tapi brhntilh jgk, ambik nafas skit,huhuhu)
Alhamdulillah, engkau telah permudahkan urusan hambaMu ini ya Allah,, w/pun ad juga soalan2 yg x terduga, namun, alhamdulillah,, tetap alhamdulillah, semoga usaha kali ini juga membuahkan hasil yang terbaik, setimpal dengan usaha yang telah dilakukan,,
namun semuanya terserah padamu Ya Allah,, mana yang terbaik bgMu, itulah yang paling baik bagiku, InsyaAllah..

Engkau maha mengetahui mana yang terbaik bagi hamba-hambaMu,
Engkau maha mengerti mana yang lebik elok untuk kami hambaMu,
hanya menanti kami yang meneruskan perjuangan,
telah Engkau bukakan ruang bagi kami,
menimba ilmuMu sebaiknya,
tinggal hanya kami yang mahu menangguk sebanyak mana dan sebaik mana,
telah Engkau berikan peluang bagi kami untuk menggunakan ilmuMu,
tinggal hanya kami merebutnya untuk diamalkan dan disampaikan...

setiap ilmu yang kita perolehi, haruslah,mestilah kita amalkan,
jangan hanya sesudah exam, semua yang berada di kepala turut pergi bersama2 berlalunya hari exam yang telah lepas,, nauzubillah,,,
minta dijauhkan dari segala yang sia-sia itu,,
hendaklah ilmu yang kita perolehi hari ini dikongsikan bersama, disampaikan pada yang lain,
mudah-mudahan usaha kita untuk mempeliharanya menampakkan hasil, membuahkan cabang2 ilmu yang berkembanng dan terus berkembang,,.
bersama berkembangnya minda kita kepada yang lebih baik dan lebih matang,,

mohonlah sentiasa, rayulah selalu, agar kita sentiasa dipermudahkan urusan, sentiasa diberi kemudahan, sentiasa diberi kekuatan, sentiasa ditunjukkan jalan,
agar kita terus bisa berada di medan yang penuh cabaran ini,
sentiasalah juga kirimkan pada yang lain agar mereka2 itu terus istiqomah dalam jalan juang..

TERUSKANLAH USAHAMU SAHABAT2KU, TERUSKANLAH,,
JANGAN TERUS LENA DLM TIDUR YG PANJANG,
JANGAN TERUS LEKA DENGAN SEGALA KEMUDAHAN,
JANGAN MUDAH TERUSIK DENGAN SEDIKIT TEGURAN,
JANGAN PEDULI APA KATA ORANG,(KL BUAT SILAP HARUS PEDULI YE)
JANGAN PEDULI KESENANGAN ORANG,..

pandanglah, pandanglah pada KITA, empunya diri,
sudahkah kita bersedia hadapi semuanya?
sudahkah kita asah senjata kita,
sudahkah kita pertajam minda kita?
sudahkah???

SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DIPERMUDAHKAN,,
SEMUDAH-MUDAHNYA,,
INSYAALAH,,
AMEEEN....

robbi yassir, wala tu'assir,,

wallaahua'lam..

Ahad, 14 November 2010

SESUCI KAIN PUTIH

Alhamdulillah,, syukur alhamdulillah, segala puji-pujian hanya selayaknya untukMU ya Allah.

Pengalaman hari ini, pendidikan untuk hari mendatang..
subhanallah, maha suci Allah, lahirnya si cilik Islam, ingin belajar dan mempelajari, ingin diajar dan terus belajar,, itulah pengalaman yang ana dapat pada hari ini,
seramai lebih kurang 240 orang pelajar (7-12 thn), menjadi peserta kem pemantapan solat dan pembinaan sakhsiah.
dan ana antara fesi yang terlibat.
amat mengembirakan, amat menyeronokkan, amat melucukan dan tidak kering gusi juga melayan kerenah si cilik ini,,
Allahurabbi,,

mereka ibarat kain putih, perlukan didikan, perlukan bimbingan, perlukan lakaran2 dan coretan2 yang baik bagi mereka ini,, mereka perlukan bimbingan dan perhatian berterusan,,

si cilik ini amat bertuah kerana mempunyai i/bapa yanng sayangkan mereka, mahukan yang terbaik untuk anak2 mereka, dihantarnya si cilik ini ke program2 yang membina sakhsiah yang InsYaAllah mudah2 akan membentuk anak2 mereka menjadi anak yang soleh/ah..

si cilik yang bijak, si cilik yang mudah dilentur dan diajar, si cilik yang mudah belajar, si cilik yang manis, itulah tanggapan ana pada si cilik ini,,
mereka sangat berminat untuk belajar, mereka sangat tulus hatinya, mereka sangat mudah untuk menerima,,
Subhanallah, maha suci Engkau yang menjadikan mereka sebersih2 nya,,

si cilik ini amat melucukan, ada yang menangis, 'kakak hilang' katanya, 'selipar hilang', 'beg xjumpa' dan sebagainya,, namun, cekalnya hati mereka untuk terus berada seharian bersama2 fesi, belajar, diajar, serta mempraktikkan bacaan dalam solat, wuduk dan sebagainya...

kalau nak ceritakan semuanya, pasti berhari2 pun tidak habis, berlembar2 pun tidak cukup,, kerenah mereka mencuitkan, berbagai2 ragam, tidak kurang juga memeningkan :-)
namun, si kain putih ini bisa diajar, bisa menerima, bisa belajar,,dan bermacam2 bisa lagilh,,;-)

masa kecil inilah masa untuk mereka belajar, diajar perkara2 yang baik kerana hati mereka sangat bersih, mudh menerima segala apa yang diberikan.
Oleh yang demikian, bagi ibu bapa, gunakanlah masa kecil anak2 ini untuk mendidik mereka, mengasuh mereka, melenturkan mereka dan mengajarkan mereka nilai2 agama yang baik, budi pekerti yang soleh, akhlak yang mahmudah Insya Allah..

ingin sekali ana menyertainya lagi, cuba memberi sumbangan tenaga, cuba mendidik mereka, ingin melihat mereka menjadi anak2 yang baik, soleh/ah,, mudah2an,

itulah pengharapan kita pada si cilik generasi baru yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang,,,
pembentukannya bermula dari bawah, dari awal lagi...
bermulanya dengan individu yang soleh/ah, melahirkan keluarga yang mawaddah wa rahmah, zuriat yang soleh/ah, generasi yang hebat agamanya, akhlaknya, ilmunya..
Segala2nya bermula dari kita, kita yang akan menjadi pembentuk kepada peribadi2 soleh ini, kita yang akan menjadi muallim/ah pada 'si kain putih' ini..

sama2 lah kita pertingkat amal, perbaiki diri, perbetul peribadi menjadi insan soleh,,
mudah-mudahan kita juga SESUCI KAIN PUTIH apabila dibangkitkan kelak.
INSYAALLAH.

Wallahua'lam.

Selasa, 9 November 2010

PENGORBANAN

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam, maha suci Allah, Pencipta segala ciptaan,
Subhaanallah,,,,

berkorban apa saja,
harta ataupun nyawa,
itulah kasih mesra,
sejati dan mulia,,

ntah btul atau x ana tlis ni...
lirik nasyeed sape ntah curi...

tinggal beberapa hari saja lg nak Raye HJI,,
rya yang terbesar bagi ummat Islam,,
sepatutnya HARI RAYA AIDILADHA LH disambut dengan penuh kegembiraan dan penuh kebesaran
setelah pengorbanan yang dilakukan,,,
bagi orang Arab, hr Raya AIDILADHA adalah hari kebesaran bagi mereka,BERBANDING RAYE AIDILFITRI YG HNYA DISAMBUT SECARA SEDERHANA SHJ
namun di Malaysia, raye aji cuma disambut biasa2 shj, tidak semeriah raye aidilfitri, sebulan sapa raye...
xcukup sbulan, tmbh lg lepas tu...

berbezanya kita ngan orang Arab yg pada mereka hari raya Aidiladha lebih besar...

namun ana tidak berniat untuk mencari perbezaan bagi kedua2nya,,
apa yg penting, pengorbanan yang telah dilakukan oleh nabi Allah IBrahim dan Ismail kita hayati betul2, betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Allah itu...

kita sebagai hamba,,, mampukah kita melakukan pengorbanan yg sebegitu besar? sebegitu tulus dan suci?
sudah tentu kita akan memikirkan berkali2 untuk melakukan pengorbanan yg bagi kita terlalu mustahil untuk kita lakukan...
tapi perkara MUSTAHIL itulah yang telah dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim
diterimanya perintah Allah itu dengan penuh sabar dan redha dengan ketentuannya...
itulah... betapa kuat n tingginya keyakinan Nabi Allah itu terhadap penciptanya...

kita sebagai hambanya, haruslah bersedia untuk berkorban apa sahaja demi menegakkan AgamaNya yang suci ini,,,
berkorban masa, tenaga,,,,
demi Cinta kita pada Allah subhaanahuwataala...

cuba kita renung balik diri kita,,,
pernah atau tidak kita berkorban untuk Agama kita Islam tercinta???
pernah atau tidak kita berkorban untuk kedua ibu bapa kita???
pernah atau tidak kita berkorban untuk adik beradik kita???
pernah atau tidak kita berkorban untuk sahabat2 kita???
pernah atau tidak kita berkorban untuk diri sendiri???

pernah atau tidak kita berkorban untuk semua perkara tersebut dan selain darinya?
PERNAH ATAU TIDAK???
bayangkan betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan oleh i/bapa kita dalam membesarkan, mendidik kita sehingga mampu menjadi 'manusia' yang InsyaAllah akan menyumbang kepada kebangkitan, kemenangan Islam..tidak terhitung betapa besar dan banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka.. wajib bagi kita sebagai anak untuk mentaati mereka, menurut perintah mereka selagi tidak bertentangan dengan syarak...
apalah sangat yang telah kita berikan pada i/bapa kita berbanding pengorbanan yang telah mereka lakukan,,
jika kita tidak mahu berbakti pada mereka, siapa lagi yang akan memberi bakti??
jika tidak kita yang mengasihi mereka, siapa lagi?
jika tidak kita yang membantu mereka, siapa lagi?
dan,,, jika tidak kita yang mendoakan mereka,, siapa lagi???
sekiranya kita masih mempunyai ibu bapa, kasihilah mereka, sayangilah mereka, bantulah mereka, berbaktilah kpd mereka selagi hayat masih ada...

begitu juga pengorbanan untuk adik beradik kita,,, ajarkanlah diri kita untuk sentiasa beralah dengan mereka, ajarkanlah diri kita untuk menghormati mereka, ajarkanlah diri kita untuk menyayangi mereka setulus hati,,
dan,, didiklah mereka sekirannya tersasar dari 'landasan sebenar'...

buat sahabat2 kita, teruskanlah berhubung dengan mereka, bermuamalat dengan baik, mengasihi mereka, dan berkorbanlah sekiranya ia memerlukan pengorbanan kita w/pun mereka tidak menuntut kita berkorban untuknya,, dengan ikhlas, tanpa mengharapkan balasan, kita bersedia berkorban untuk sahabat2 kita,,
pengharapan kita hanyalah pada ganjaran Allah yang Maha Pemurah.. InsyaAllah dgn izinNya.

memang mudah untuk kita menyebut soal berkorban, ye, berkorban, contohnya...
'ana boleh berkorban untuk sesiapa sahaja' 'ana sanggup berkorban untuk sahabat', 'ana sanggup habis duit untuk tolong sahabat2', 'ana akan korbankan masa, tenaga ana untuk kerja2 Islam',, dan bermacam2 lagi.
kadang2 amat sukar untuk kita menunaikannya,, bila tiba masa untuk kita berkorban..janji hanya tinggal janji, NAMUN, kesungguhan kita untuk berkorban InsyaAllah akan dipermudahkan olehNya, akan sentiasa dibukakan jalan, akan sentiasa diberikan ruang dan peluang INSYAALLah,,
sentiasalah kita perbetulkan niat kita, untuk apa kita melakukannya, untuk siapa dan kenapa?
setiap apa yang kita lakukan, mulakanlah dengan NIAT, walau sekecil2 perkara yang kita lakukan, niatlah 'LILLAHI TAALA'..
mudah-mudahan setiap apa yang kita lakukan, mendapat keredhaan dari Allah SWT.

pengorbanan menuntut sejuta keikhlasan, pengorbanan mengajar erti kepayahan, pengorbanan menguji tahap kesabaran,,
namun dengan pengorbanan, kita megengenal erti kehidupan...

semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan bernilai ibadat disisi Robbul Izzati...
semoga setiap darinya diterima...
Ameen...

SEMANGAT & AZAM

SALAM.....

Alhamdulillah,, segala puji2an hanya untukMu Ya Allah,,
daku bersyukur masih diberi ruang untukku bernafas,, menghirup udaramu yang segar,,, w/pun kebelakangan ini langit sentiasa menangis,,, memuntahkan segala isinya, namun, itulah rahmatMu ya Allah,, untuk hidupan sekalian,,, hanya selayaknya kami Bersyukur sebenar2 syukur padamu,,, dingin pagi masih lagi terasa, udara segar masih lagi menyapa tatkala ku membuka jendela,,, alhamdulillah,,,

kini petang pula menjelma,,, hujan masih lg lebat,,, turun bersamanya rahmat2 dariMu,,, HUjan RAHMAT... alhamdulillah, w/pun di sana sini berita memenuhi ruangan tv n akhbar,,, BANJIR D SN SNI,,, Alhamdulillah,, tetap Alhamdullillah,,
bayangkan betapa hebatnya ujian yang Allah berikan pada saudara mara kita yang berada d negara lain yg mana mereka tidak pernah merasakan walau sedikitpun nikmat hujan. kita masih begitu beruntung, dan bertuahnya kita dilimpahi air yang banyak,,,
melimpah ruah hinggakan tiada ruang lagi untuk air ini mengalir,, lihat betapa Maha Kayanya Allah,, maha Pemurahnya Allah pada kita ummat Islam hari ni, khasnya d MAlaysia ini...
sudah genap seminggu (stdy week).... ana sudah memulakan pembacaan dari awal.. alhamdulillah, masih diberi kekuatan,,, w/pun sebenarnya banyak lagi yanng belum khatam....
petik dr tulisan seorg ustz "gendang perang sudah bermula"..
ya,,, peperangan sudah bermula, berperang dengan kertas peperiksaan, bergelut dengan solalan yang mendebarkan,, ,, bergelumang hafalan di ingatan(kepala),,, moga segalanya akan terluah di kertas dan dipermudahkan urusan,, dilancarkan penulisan, dibukakan pintu2 ingatan,, dilapangkan dada, diberkati ilmu2 yg dipelajari,,, moga ia kuat diingatan, terus kekal di memori dan akan disampaikan melalui ram2 yg suci,,,
UNTUKMU BAKAL ANAK DIDIKKU... UNTUKMU ANAK BANGSAKU,,, UNTUKMU AGAMAKU,, UNTUKMU ISLAM YANG TERCINTA....

segala yg aku punyai ini, hanya milikMu yg dipinjamkan kepadaku Ya Allah,, izinkan aku menggunakannya,, izinkan daku meluahkannya, izinkanku menyampaikannya,, izinkan aku....... Ya Robbul Izzati...

Ahad, 7 November 2010

PAKAIAN SERAGAM(UNIFORM) - MENEPATI TUTUP AURAT @ TIDAK??

SALAM ALAIK....

dipetik dari blog us Anas...
mga dpt ambil manfaat n yg baik jadikan panduan...

S : assalamualaikum ust, saya ingin bertanya pendapat ust mengenai pemakaian wanita yang beruniform seperti polis dan kastam.Adakah pakaian sebegini menutup aurat?tudung dimasukkan kedalam baju dan bajunya longgar..minta ust tolong ulaskan dlm blog ust yer..

J : al-Fadhil Dr. Basri Ibrahim

Uniform polis sebagaimana yang dilihat di pakai di malaysia adalah menutup aurat, namun jika dilihat dari sudut kesempurnaan menutup aurat adalah masih kurang sempurna dari kaca mata islam, kerana berdasarakan ayat 30-31 daripada surah al-Nur penutupan aurat berlaku dengan sempurna apabila bahagian dada turut ditutup dengan kain tudung dan bukannya kain tudung dimasukkan ke dalam kot dan seumpamanya.Usaha perlu dipertingkatkan agar penutupan aurat yang sempurna dilakukan di kalangan anggota polis wanita kita. Sekian wasallam.

Wallahualam...

sebenarnya sudah lama ana ingin berbicara soal ini memandangkan ana terbaca post ustaz ni,, dan ana sekarang 'wajib' mengambil kokurikulum badan beruniform *****.... jd ana ambil kesempatan ini untuk berkongsi dan seterusnya menyampaikan pd yang mahu InsyaAllah...
sebenarnya ana kurang yakin alasan yang diberikan oleh sesetengah pihak... katanya mudah untuk kamu jk ambik koko ni bila dah kuar nanti,,,(berkenaan ngan profesion ana lh bila abis blajr nnti).. kadg2 fikir blik x logik plak,,, tp nk buat mcm mne,,, mcm2 hujjah n alasan bagi kt depa pn...dah wajib, jd nk tk nk kna ambik gak subjek ko ni...
pasrah je,,, InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua ni...

tp yang ana heran sangat2 nye,,, kn yang slama ini sgt menjaga penampilan ( berpakaian menutup aurat) tetiba time ko ni bleh plak pkai uniform msukkan tudung dlm uniform tu???
Ya Allah,,, bkankh itu jg still x tutup aurat dengan sempurna??

x thu nk kate ape lh,,,, rse malu sgat2 kt yang laen,,,
sumenye bakal2 "ustazah", tp knp bleh jadi mcm ni???
ya Allah,, dnganMu shj aku mampu mengadu,,,
kadng2 ada jgk bincang ngan shbat2 yang len,, mcm ne nk buat,,,,
cme gtulah,, shbt2 lain kt kte pakai je cam gni ( uniform + kain+ jilbab),, canggung x?? kamu sume lihat canggung x kisahlh,, janji d sisi Allah kami tak nampak buruk n canggung,, dan kami berusaha untuk menjaganya,,, ckp dgn kwan2,
InsyaAllah,, kita tunjuk cntoh yang terbaik,,, mana thu, 1 hri nnti, ada jgk yang nk ngikut kita,,

Alhamdulillah,,, ada yang ngikut w/pun x rmai,,
jnji kita dah cuba,,, kadng2 yang jujur gthu trus "x elok org tgok,, still x tutp ngan btul" ade je yg bleh terima... Alhamdulillah..
mudah2 untuk 1 sem yg akn datang lg ni,,, kami dberi kekuatn oleh Allah untuk menjaga maruah kami, aurat kami, agama kami tercinta,,, INSHAALLAH :-)

buat shbt2 yang membaca dan terbaca,,, harap dberi kefahaman yang jelas mengenai perkara ini,,,
sebarang teguran yang terasa or terguris, ana mohon ribuan kemaafan,,
tp bak kt sorg ustaz ana,,," ana xmboh mintak maaf apa yang ana kata ni,,, sebab ana bukan nk ajak kmu masuk neraka,, tapi ana nk ajak kamu masuk syurga,," InsyaAllah...

Khamis, 4 November 2010

Islam tetap menang, tetap agung d ccNya

salam alaik...

barakallahulakum,,,
berbicara mengenai pilihanraya kecil d GALAS,, hakikatnya, Islam sudah lama menang, telah menang, sedang menang, dan akan terus menang,
Islam menang d ccNya, Islam tetap agung pada PandanganNya, dipelihara OlehNya,

janganlah kamu khuatiri kemenangan yang tipis oleh pihak lawan itu,, tapi yakinlah,,, KITA sentiasa menang, KITA menang dengan cara bersih KITa, kita menang dengan perjuangan kita, kita menang dengan tenaga yang kita salurkan, kita menang dengan doa yang kita utuskan,.,, malah kita lebih2 lagi menang dalam memperjuangkan Islam berbanding orang yang membuangnya jauh dari mereka...

berdoalah sentiasa agar dibukakan pintu2 hati bagi mereka yang belum mampu melihat kebenaran,,
memetik kata2 Allahyarham Ustaz Fadhil NOOr " kita berjuang bukan untuk menegakkan kebenaran, tapi kita berjuang untuk meletakkan kebenaran pada tempatnya kerana kebenaran itu sudah ada".

YA,, kebenaran sudah ada, namun kebenaran masih tidak berada di tempatnya yang betul...
sama2lah kita berjuang menegakkan Islam di mana shj kita berada..
Islam pasti tertegak,, Islam pasti bangkit, Islam agama yang agung, Islam agama yang terhebat!!!

HIDUP2 ISLAM
HANCUR2 kuffar!!!!


Allahuakbar!!!!
AstaghfirullaahalAziim 3x....

SubhaanAllah,,,lame dh x update blog, Alhamdulillah, hari ni ana dbri kesempatan untuk melakarkan sepatah dua kata..
baru je lepas bace blog shbt/shbiah2, banyk sangt input n manfaat yang amat brguna buat diri yang lemah ini...

membaca, meneroka, meneliti, mentafsir, kadng2 amat2 mmbntu buka balik minda kita, muhasabah diri, terasa betapa kerdilnya diri ini di hadapanMu Ya Allah Ya Robbul Izzati, artikel berkenaan zikir, fikir amat memberi kesan pada diri ana, ulasan yg cukup menyentuh hati dan mengkagumkan, zikir yang kita tuturkan di bibir, bkn hanya sekadr zikir semata2, bahkan dengan berzikir yang benar2 zikir, kita mengingati Allah,. terasa dekatnya Allah dengn kita, memerhati, mengawal segala prgrakn kita, nyata zikir sungguh membri ketengan pada jiwa2 yang gundah, jiwa yang sesak, jiwa yang kosong, jiwa yang tandus, ubatnya ZIKIR...

zikir mampu menyentuh hati2 untuk dekat disisiNya, menjiwai setiap alunan darinya, menusuk sehingga ke kalbu, melapangkn dada, menenangkan jiwa dan sebagainya. zikir yang konsisten dan berterusan akan menjadi sebati dalam diri kita, mengalir dalam setipa urat nadi, tanpa perlu kita paksa untuk mengeluarkannya, namun, dengan sendirinya kita akan mengalunkannya andainya ia sudah sebati sengan jiwa kita, sudah menjadi makanan rohani bg diri kita.

berbicara mengenai zikir, ana teringat perbincangan bersama shbiah bagaimana kita ingin mengaplikasikan zikir bagi sesuatu program dalam berbagai keadaan mengikut situasi yang dilalui, contohnya, selepas solat subuh, zikir yg dibawa haruslah beralun cergas, spaya ia tidak membawa peserta ke alam lain (tdo) contohnya,,,

bila berbicara mengenai zikir, banyak sekali fadhilatnya, x mampu untuk ana tulisnya lagi...
laluilah, rasailah, nikmatilah alunan zikir yang mengetarkan jiwa sehingga ke tulang belulang mu itu.